Cinta itu terbahagi kepada tiga; Pertama,Cinta pada ALLAH dan RasulNya. Kedua; Cinta untuk berjuang di jalan Allah. Dan terakhir sekali digelar sebagai cinta pertengahan iaitu cinta pada suami isteri dan ibubapa.
Dia juga seperti wanita-wanita lain yang menginginkan sebuah perkahwinan dan seorang suami yang soleh.Yang mampu membimbing dirinya. Dia ingin mencari lelaki yang mampu membawa kapal nahkoda cinta rumahtangga yang dibina dengan penuh ketaqwaan agar dia dan bakal zuriatnya tidak akan tenggelam dan karam ditengah-tengah laut cinta yang dijanjikan seblum akad nikah itu diucapkan.
Namun,sudah lama dia mencari. Masih belum ditemui lagi. Setiap malam.., diari hidupnya diisikan dengan solat istikorah dan tahajjud. Untuk menjumpai lelaki yang benar-benar soleh terlalu sukar. Oleh itu,dia cuba untuk mensolehahkan dirinya sebelum bermimpi untuk menginginkan lelaki seperti itu.
Ramai jejaka yang datang meminangnya. Setiap kali itu juga..,dia akan solat istikorah untuk bertanyakan pada ALLAH (melalui solat itu). Namun jawapannya tetap tidak membela pinangan yang dia dapat. Akhirnya dia akan menolak dengan cara baik.
Sudah lama dia menanti. Akhirnya pada suatu malam yang sunyi dia menunaikan solat istikorah dengan linangan airmata penuh syahdu.Selesai solat dia berdoa kepada Allah.
“Ya Allah..., Tuhan yang memegang hatiku.Tuhan yang Mengetahui isi hatiku. Ya Allah..., dengarlah doaku pada malam ini. Ya Allah...., aku begitu mencintaiMu dan RasulMu. Jika benar tiada jodoh untukku di dunia...maka pertemukanlah aku dengan jodohku itu di syurga. Aku ingin mencintainya.....kernaMu. Aku mencari cintaku selama ini kerna aku ingin menjadi penguat semangat dalam memperjuangkan agamaMu seperti yg terjadi kpd Siti Aisyah dan Siti Khadijah terhdp Rasulullah. Aku ingin seorang suami yang boleh mengimani setiap solatku dan bakal zuriatku. Aku ingin seorang suami yang boleh mengajar aku mengaji dan mengalunkan Al-Quran serta zuriatku nanti. Aku mahu suami yang mempunyai ilmu agama dan cintakan kepada perjuangan Rasulullah.Jika benar jodohku tiada di sini....maka Engkau pertemukan kami di syurga. Aku ikhlas kepadaMu..Ya Allah.....................
Akhirnya kerna menahan tangisan itu di terlena di atas sejadah dan tangannya masih memegang tasbih.
Kabus putih bergumpulan mendekatinya. Sebuah taman yang indah sekali dihiasi dengan bunga-bunga putih. Dia tersenyum seraya dihatinya memuji Allah. “Sungguh indah tempat ini....”
Tiba-tiba dia terdengar suatu suara yang bergema. Suara itu bergema berulang kali. “ Aku akan menunggu kamu di sini.”
Dia mencari suara itu. Dia tidak menemui suara milik lelaki itu. Beberapa saat suara itu hilang.Setelah sedetiknya berlalu.., dia mendengar suara lelaki mengalunkan ayat Al-Quran. Suaranya sungguh merdu sekali. Dia tidak tergambar bagaimana wajah lelaki itu.Dia terduduk kerna tidak dapat menahan sebak di dada.
Akhirnya tubuh seseorang menghampirinya. Namun wajah lelaki itu tidak dapat kelihatan. Dia juga cuba menoleh namun seolah-olah ada suatu cermin putih menghalang dia untuk melihat.
“Usah kau bersedih lagi..., jodoh kamu pasti akan tiba sebentar lagi. Kenalilah dia dengan mempunyai suatu suara yang merdu. Dia mengalunkan ayat-ayat cinta kalam Allah dengan merdu malah dia mengingati setiap bait kalam Allah ini. Dia bakal jadi iman solatmu..., dan bakal zuriatmu nanti. Dia mempunyai wajah yang putih seolah-olah ada cahaya mengisinya. Kamu bakal mendirikan mahligai masjid dirinya dengan bahagia. Percayalah..., kerna Allah Mengetahui isi hatimu... Dia akan datang akan kepadamu suatu ketika dengan membawa hadiah sehelai sejadah berwarna putih keemasan dan rantai mutiara tasbih berwarna merah. Ketahuilah maksud warna putih sejadah itu adalah keikhlas cinta kamu kepada ALLAH dan RasulNya. Tasbih mutiara putih itu adalah keikhlasan kamu mencari cinta lelaki itu kerna Allah. Lihatlah sejadah dan tasbih ini.......”
Dia melihat sejadah dan tasbih itu. SubhanAllah..., ALLAH MAHA BESAR. Dia terpegun. Airmata mengiringinya. Dia melihat tubuh lelaki berdiri tidak jauh daripadanya.
“Tunggulah diriku di sana....” Ucap lelaki itu sambil menghilangkan dirinya daripada pandangannya. Beberapa saat kemudian,dia terjaga daripada tidur. Kemudian lihat merenung sejadahnya yang ditidur tadi kemudian tasbih yang dipegangnya itu. Hatinya lega kemudian dia menunaikan solat sujud syukur.
Dia melirik jam di dinding. Tepat jam pkul 12. Tarikhnya 17.8.2010...... Alhamdulillah.....
Dia akan terus menanti lelaki itu. Kerna itu adalah jodohnya yang dijanjikan oleh Allah. Allah memberitahunya melalui mimpi.Dia menulis bait kata untuk dihadiahkan kepada lelaki itu. Mungkin saja lelaki itu juga sedang mencarinya.
Kerinduan suaramu mengalunkan
ayat-ayat Allah membuat hatiku
rasa terpikat dengan maksud kata-kata itu
Kuhayati lunak suaramu
semirip dengan suara yang sering hadir dalam
mimpi malam indahku
Apakah aku sudah jatuh cinta
dengan suaramu
Alangkah indahnya
Jika aku dapat mendengar suara
Itu selalu
SubhanAllah..., aku mencintainya keranaMu
Kuhayati lunak suaramu
semirip dengan suara yang sering hadir dalam
mimpi malam indahku
Apakah aku sudah jatuh cinta
dengan suaramu
Alangkah indahnya
Jika aku dapat mendengar suara
Itu selalu
SubhanAllah..., aku mencintainya keranaMu
SubhanAllah..., aku menyayanginya keranaMu
SubhanAllah.....Aku menantinya keranaMu
SubhanAllah.....Aku menantinya keranaMu








0 comments:
Post a Comment