BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahlan wasahlan ya marhaban...

Blog Images

09 May 2011

Tip untuk menghilangkan stress ...

Bismillahirrahmanirrahim...






Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai
kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya.

06 May 2011

WARKAH SEPI UNTUKMU


Pabila terkenang kembali masa lalu,
Aku mula menitiskan mata,
Entah mengapa aku masih sukar melupakanmu,
Sedangkan diriku tahu hakikat yang sebenarnya.

Cukuplah ini yang terakhir kalinya aku mengenangkanmu,
Bukan yang ku pinta kesudahanya begini ,
Namun hakikatnya aku terpaksa melupakan mu.

Alangkah indahnya jika aku tidak pernah mengenalimu,
Namun aku di takdirkan bertemu denganmu,
Di uji hatiku dengan cintamu,
Yang seringkali membuatku alpa pada cinta ALLAH.

Ku sedar dirimu masih menagih cintaku,
tidak sesekali aku akan menerima cintamu,
Kerna ku tahu cinta ini cinta palsu,
Tetapi sedarlah wahai kaum ADAM bahawa cinta ini hanya mensia-siakan dirimu.

Biarlah kenangan itu berlalu,
Aku juga tidak mahu kau menaggung dosa,
Cukuplah dengan kealpaan kita pada SANG PENCIPTA,
Hanya kerna cinta itu bukan untukku.

Wahai kaum ADAM berilah cintamu itu pada ALLAH,
Menagihlah cinta padanya ,
Moga cinta itu tidak mengecewakan dirimu,
Kerna ia KEKAL SELAMANYA .

TIADA SIAPA YANG PINTA UNTUK TIDAK BERCINTA , NAMUN CINTA ITU MERUPAKAN ANUGERAH YANG SUNGGUH BERNILAI DAN BERMAKNA ……TAPI INGATLAH BAHAWA ALLAH ITU YANG MEMILIKI SEGALA CINTA .
*UNTUKMU WAHAI kaum ADAM*

HARAPAN....

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t . Bersyukur kehadrat Ilahi kerna dgn limpah kurniaNya masih lagi di beri peluang dan k'sempatan utk b'nafas di muka bumi Allah yang luas ini.Alhamdulillah, hari ini ana bru shja b'kesempatn utk m'update blog. Emm...hari nie..ana nk b'kongsi satu kata2 yang m'buatkn ana t'tarik utk m'bcanya.Kata2nya ialah :

''Harapan seiring desiran hati..doa berselimut degupan jantung..detak nadi pun berdoa tanpa jeda..meminta datangnya cinta yang bukan semata-mata kerna nafsu..tapi cinta tulus suci kepada dan dari yang maha memiliki cinta..Itulah cinta dari segala cinta yang indah dariNya..''

**Buat sahabatku yang sekalian..ana hadiahkan bingkisan lagu buat kalian. Selamat menghayatinya..

04 May 2011

Teman perjuangan..




WAHAI TEMAN ,,
KITA BERSAMA DALAM SUATU PERJUANGAN,,
PERJUANGAN KITA BELUM MENCAPAI KEMENANGAN,,,
KEMENANGAN KITA DALAM MENCARI KEJAYAAN ,,
KEJAYAAN KITA DEMI MASA DEPAN .
WAHAI TEMAN ,,,
PERJUANGAN KITA NAWAITU KERANA ALLAH S.W.T ,,
BUKAN SEMATA – MATA UNTUK DIPERTONTONKAN ,,
TETAPI UNTUK KITA MENCAPAI KEJAYAAN ,,,
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT ,,
DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH PEMBERI RAHMAT .
WAHAI TEMAN ,,,
APABILA KITA BERJAYA TIBA DI GARISAN PENAMAT ,,,
TAK BERMAKNA PERJUANAGAN KITA SUDAH TAMAT ,,,
TERUSKAN PERJUANGAN HINGGA AKHIR HAYAT ,,,
INSYAALLAH BERJAYA DUNIA AKHIRAT..

** RABITAH HATI….




Hati ini telah bersatu ,,,
Berkumpul di perut bumi-Mu ,,,
Hati ini telah berpadu ,,,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu …
Hati ini telah mengikat setia ,,,
Untuk mendaulat untuk menyokong ,,,
Syariat-Mu di alam maya ,,,
Maka Ya Allah ….
Eratkanlah ikatan yang ada ,,,
Kekalkan kemesraan yang ada ,,,
Tunjukkanlah jalan yang benar ,,,
Penuhkanlah dengan cahaya-Mu ,,,
Tiada malap terang di alam-Mu …
Hidup suburkanlah dengan ma’rifahmu ,,,
Tapi jika ingin mematikannya ,,,
Matikanlah sebagai syuhada ,,,
Dalam perjuangan menegakkan ,,,
Agama yang mulia …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...