MAWAR BERDURI Indah sungguh kelopak bungamu, Secantik
bahasa dan gerak gerimu, Sopan ditiup sang bayu, Batang dan dahanmu tetap
tunduk malu. MAWAR BERDURI, Kelopakmu tetap dipelihara, Daripada Kumbang
yang membinasa, Duri didahanmu tetap tersedia, Mempertahankan kecantikkan dan
kesucian jiwa. MAWAR BERDURI, Kau tetap sentiasa berdiri, Menahan
cabaran yang diberi, Tetap tidak pernah hilang harga diri, Dirimu indah sukar
untuk didekati, Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri, Melainkan syariat
memberi MAWAR, Si kumbang perkasa tidak akan tertawan, Dengan mawar yang
kehilangan perawan dan keagungan, kerna dirimu telah rosak dibinasakan. MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan, Menayangkan kecantikkan yang tiada
kesempurnaan, Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan, Dirimu
ditinggalkan patah kelayuan. MAWAR YANG BERDURI, Sukar disentuh oleh
tangan yang tidak berhati-hati, Duri yang tumbuh memagari jiwa yang suci,
Kecantikan yang dipandang mata dibenteng kuat oleh duri tumbuh sekitarnya… Dia
memang menjadi gilaan sang kumbang, Tetapi bukan semua kumbang yang mampu
memetik ia dari dahan hinggapannya, Hanya yang telah di tentukan Sang Pencipta
sahaja yang akan berjaya memilikinya Bahagianya menjadi dia… Sekuntum mawar berduri…
Kasih dan cintanya hanya kerana Rabb yang menciptakan dirinya….
ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒ Jadilah seperti kupu-kupu yg tak perlu berkempen
mengatakan dirinya cantik, sekilas manusia memandang, Islam itu terselah pada
peribadi kita seperti kupu-kupu dengan rupa yang cantik.. ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒ
kuatknlh ikatannya
tegakkanlh cintanya
tunjukkilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu yg tiada pnah padam
ya rabbi bimbinglah kami.