BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahlan wasahlan ya marhaban...

Blog Images

28 March 2011

setitis air mata..

Terbang Seperti Burung...


Aku ingin terbang seperti burung
Terbang bebas di dada langit
Tanpa ada yang mengongkong.
Sentiasa melebarkan sayap
Terbang membelah kepulan awan putih
Tanpa menghiraukan tiupan angin
yang sentiasa ingin menjatuhkanku.
Aku tidak akan berputus asa
Kerna ku tahu
Destinasiku belum tiba..

Kehidupan..




Kehidupan ibarat seuncang teh , ia hanya mengeluarkan sarinya selepas di celup ke dalam air panas. Yang bermaksud ; Demikianlah halnya dengan kehidupan , kadangkala merasai kepayahan & pahit getir kehidupan sebelum memahami erti kehidupan yang sebenarnya.
( Daripada buku mencari makna hidup -PTS Millennia Sdn.Bhd)

Rindu....


Rindu.....
Mengapa engkau hadir??
Mengapa engkau ingin menduga hatiku??
Mengapa engkau ragut ketenanganku??
Ya Allah,
Jangan Engkau biarkan rasa rindu ini..
Menghimpit ruang hatiku..
Jangan biarkan ia..
Melebihi rinduku pada-Mu.
Pergilah wahai rindu...
Pergilah engkau bersama ..
Tiupan angin yang membayu...
Jangan engkau hampiri aku..
Jangan engkau ragut ketenanganku..
Biarlah aku tenang...
Tenang bersama rindu ..
Pada Yang Esa..

12 March 2011

Kecantikkan Wanita...


=> Nafsu mengatakan wanita itu cantik pada rupanya. Akal mengatakan wanita itu cantik pada ilmunya & kepintarannya ..Hati mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya....'',

ALL ONE-Arah..



Ku sendirian dihimpit sepi
Mencari arah di alam mimpi
Adakah masih ku kesampaian
Atau terputus di tengah jalan
Mendamba kasihMu Tuhan
Sanggupkah aku menahan seksa
Menanggung dosa yang kulalui
Kuserah diri padaMu Tuhan
Terima segala Taubatku
Dengarlah rintihan Hatiku

Kemana arah yang harus aku lalui
Adakah masih disini
Perit tak terhingga
Aku mengharap padaMu Tuhan
Bawalah jalan menuju cahaya
Sesal tak terkata
Kerdilnya diriku disiniMu

Ku sendirian dihimpit sepi
Mencari arah di alam mimpi...

Muslimah sejati....


~~*** MUSLIMAH SEJATI ***~~

KeCaNtIkKaN sEoRaNg MuSlIMaH TeRlEtAk PaDa KelUhuRan AkHlakNyA YaNg SenTiaSa TerpEliHaRa....'',

10 March 2011

Air Bukan Sekadar Penghilang Dahaga..

Bismillahirrahmanirrahim.....




Air merupakan salah satu sumber yang amat penting kepada manusia.Tanpa air manusia tidak dapat hidup walaupun mempunyai makanan. Dengan adanya air juga manusia mampu melakukan apa sahaja pekerjaan. Bahkan air juga bukan sekadar penghilang dahaga kita.
Antaranya :


* Minum banyak air putih adalah nasihat yang sudah lali di telinga kita. Tetapi nasihat itu sepatutnya bukan hanya sekadar nasihat tetapi seharusnya di amalkan setiap hari.Jika kekurangan air , tubuh akan mudah terganggu dengan pelbagai keluhan seperti keletihan , kurang tumpuan sehingga sakit kepala dan dehidrasi.



* 60% daripada tubuh badan kita terdiri daripada air. Pastikanlah kita meminum dua gelas air putih dua jam sebelum bersenam.

* Pengambilan air minuman seperti nescafe , kopi dan sebagainya. Minuman ini mengandungi kafein ,sebaik-baiknya kita teruslah minum air putih bagi menggantikan kafein tersebut. Air putih ini bertujuan untuk meneutralkan semula kandungan kafein dalam badan.

* Dehidrasi boleh menyebabkan jantung bekerja lebih ketras kerana kadar air dalam badan jauh lebih rendah berbanding dengan kadar darah. Ini mengakibatkan jantung harus mengepam atau bekerja dengan lebih keras untuk mengalirkan air ke pembuluh darah .

* Air juga penting dalam proses penyaringan pada ginjal. JIka seseorang itu kekurangan air , ginjal akan kekeringan sehingga ia terpaksa bekerja lebih keras.

* SElain itu , air sangatlah diperlukan dalam proses detoksifikasi yang terjadi di hati. Molekul yang tidak berguna untuk tubuh akan disingkir buang dari badan kita sehinggalah tubuh badan kita terjaga kebersihannya.



P/S : Jadi saranan ana pada antum suma , banyakkanlah meminum air putih. Untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Okey ....

Selamat mengamalkannya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...