BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahlan wasahlan ya marhaban...

Blog Images

10 March 2011

Air Bukan Sekadar Penghilang Dahaga..

Bismillahirrahmanirrahim.....




Air merupakan salah satu sumber yang amat penting kepada manusia.Tanpa air manusia tidak dapat hidup walaupun mempunyai makanan. Dengan adanya air juga manusia mampu melakukan apa sahaja pekerjaan. Bahkan air juga bukan sekadar penghilang dahaga kita.
Antaranya :


* Minum banyak air putih adalah nasihat yang sudah lali di telinga kita. Tetapi nasihat itu sepatutnya bukan hanya sekadar nasihat tetapi seharusnya di amalkan setiap hari.Jika kekurangan air , tubuh akan mudah terganggu dengan pelbagai keluhan seperti keletihan , kurang tumpuan sehingga sakit kepala dan dehidrasi.



* 60% daripada tubuh badan kita terdiri daripada air. Pastikanlah kita meminum dua gelas air putih dua jam sebelum bersenam.

* Pengambilan air minuman seperti nescafe , kopi dan sebagainya. Minuman ini mengandungi kafein ,sebaik-baiknya kita teruslah minum air putih bagi menggantikan kafein tersebut. Air putih ini bertujuan untuk meneutralkan semula kandungan kafein dalam badan.

* Dehidrasi boleh menyebabkan jantung bekerja lebih ketras kerana kadar air dalam badan jauh lebih rendah berbanding dengan kadar darah. Ini mengakibatkan jantung harus mengepam atau bekerja dengan lebih keras untuk mengalirkan air ke pembuluh darah .

* Air juga penting dalam proses penyaringan pada ginjal. JIka seseorang itu kekurangan air , ginjal akan kekeringan sehingga ia terpaksa bekerja lebih keras.

* SElain itu , air sangatlah diperlukan dalam proses detoksifikasi yang terjadi di hati. Molekul yang tidak berguna untuk tubuh akan disingkir buang dari badan kita sehinggalah tubuh badan kita terjaga kebersihannya.



P/S : Jadi saranan ana pada antum suma , banyakkanlah meminum air putih. Untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Okey ....

Selamat mengamalkannya....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...