BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahlan wasahlan ya marhaban...

Blog Images

25 September 2011

10 K dalam persahabatan






* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan...

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Enta/i cantik, ana mesti cantik," "Enta/i kaya, ana pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf, kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.

"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?" Click Me~

16 September 2011

La Tahzan..





Entah knpa hari ne..ana rse sayu skli.Rindu pda butir bicara sahabiah2 ana.Rindu pada kata2 yg blh m'bngkitkn diriku dri lena yg pnjng.Pngubat dikala diriku t'rse putus asa. T'rase skli bila jarak m'misahkan kami utk b'sua muka sperti dahulu. Krna mngejar cita2 dan impian yg b'beza. Allah m'nguji ukhuwah yg t'bina. Wahai diri..andai tiada yg m'mahami. Jgnlh engkau b'duka..ingtlh bahawa Allah itu sntiasa berada di smpingmu. LA TAHZAN..in naallah ha maana..Click Me~

15 September 2011

Pesanan dari kakak fesi ....


Click Me~ hmmm....
Wahai adik2 akk...
Tau x apa itu KESETIAAN?
Still b'sama buku wlwpn masa tido..
Tau x pe itu KEBAHAGIAAN?
B'golek atas katil b'sama buku2..
Tau x pe itu KESUNGGUHAN?
Stay up s'panjang malam t'utama pda mlm t'rakhir..
Tau x pe itu PENGORBANAN?
M'lepaskan buku pda wktu paling 'genting'..
Dan tau x pe itu KEBERANIAN?
Masuk dewan peperiksaan wlwpn x habis bace buku..

Syukran a'laiki kak Tie...
psanan akak ckup b'makna buat dri ana..
'',

14 September 2011

senyummu....



tanpaku sedari
hadirmu membawa aku
mengenal erti senyuman
yang bermakna dalam hidupku..

kadangkala aku terpana
dengan kebaikan dirimu
yang tidak pernah jemu
mengajar aku untuk senyum...

ku lihat dirimu
tidak pernah bermuram durja
bila ku tanya pada dirimu..
jawapanmu senyumlah penawarnya....

aku terkesima
tanpa ku duga
itulah jawapanmu
dengan senyuman yang terukir diwajahmu...

terima kasih aku ucapkan
kerna senyumanmu itu
membawa aku kembali
ke dunia yang nyata....


~(^_^) Buat sahabat ana .
Teman tatkala suka dan duka..
Teman tatkala ceria dan gembira..
Terima kasih kerna mengajar ana tentg sesuatu yg b'harga...

12 September 2011

Menempuh Final Exam..

">

Khas buat sahabat2 seperjuangan sama ada di KUIS atau di mana sahaja.. Selamat
menempuh final exam.~~ Click Me~من جد و جد ومن زرع حصد

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...