BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahlan wasahlan ya marhaban...

Blog Images

30 December 2009

Puisi .> Ertinya Sebuah Kebenaran.

Ternyata sebuah kebenaran itu,
Menagihkan pengorbanan,
Bersama keikhlasan dan ketulusan,
Tiada palsu tiada kepuraan,
Yang tersepit disebalik kebuntuan.

Ternyata sebuah kebenaran itu,
Menzahirkan keimanan dan ketaqwaan,
Memantapkan dalaman dan luaran,
Dalam menyelesaikan permasalahan,
Yang terpateri dilubuk fikiran.


Ternyata sebuah kebenaran itu,
Terungkap seribu kepedihan,
Namun tersingkap jua kenikmatan,
Di sebalik kesengsaraan,
Andai tabah diuji Tuhan.

24 December 2009

Menikmati cinta halalnya..




** "Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah memasukkan kecintaan ini ke dalam hati para malaikat. Jika Allah membenci terhadap seorang hamba, maka Allah memasukkan kebencian ini ke dalam hati para malaikat, kemudian memasukkannya pula ke dalam hati manusia ''

MEMORY 4 AM,

Teringat balik tentang kenangan masa program KBM 09 . Satu kenangan yang tak boleh dilupakan ...lagi-lagi tentang masa time in-team. Bagi ana tak mampu untuk lupakan apa yang berlaku masa tu.. Entah hari ini memory itu masih tetap berlegar -legar di ingatan ana. Sejarah tentang persahabatan yang masih terjalin sehingga hari ini. Insyaallah , ukhuwah ini akan terjalin hingga ke akhir hayat . Moga-moga persahabatan yang terjalin sentiasa dil lindungi Allah . Ana rindukan semua .

Jika kita ingin bersahabat pilihlah sahabat yang ikhlas bersahabat dengan kita kerana Allah, bukannya sahabat yang hanya mempergunakan ukhuwah itu untuk kepentingan diri sendiri.....

23 December 2009

personal blog.


Bismilahirrahmanirahim,
Salam perkenalan dan salam ukhuwah wat semua . Alhamdulillah ,setakat nie..ana masih lagi mampu berdiri teguh menerusi blog my islamic blog. Bagi diri ana sendiri insyaallah ana akan terus belajar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang ICt.
Moga kita bertemu lagi dalam my islamic blog.
Tiada madah seindah kalam Allah iaitu Al-quran yang cantik dan tersusun bicaranya. Berbanding dengan madah bicara seorang manusia yang hanya tahu berkata-kata tetapi tidak memikirkan tentang kebaikan itu.
Jadi renungilah madah ini agar menjadi peringatan untuk kita bersama.
Assalamualaikum.......

23/12/2009 -rabu,

# tak sangka pulak ,bila ana buka laman web iluvislam ana terjumpa satu mutiara kata. Mungkin ini lain dari yang lain... Tersentuh pulak hati ana untuk menyelami maksud yang tersirat. Berkata -kata tentang sesuatu perkara tidak bererti untuk meluahkan . Mungkin di simpan itu lebih baik daripada diluahkan kata-kata itu. Bagi ana maksud mutiara kata ini amat mendalam. Ada sesetengah orang jarang untuk memahami . Bukan sekadar untuk difahami tetapi untuk dipraktiskan. Insyaallah ana akan cuba untuk lakukan. Yang paling penting untuk ana adalah nawaitu ...

22 December 2009

mUtiara kaTa

#_ hidup ini tidak selalu indah, kadangkala Allah saja nak menguji setiap hambanya dengan pelbagi ujian. Tetapi manusia seringkali lupa untuk mengucapkan syukur kepada Sang Pencipta. Sedangkan Allah menguji mengikut tahap keimanan hambanya. Janganlah kita sesekali mengeluh tetapi ucaplah syukur Alhamdulillah.

mUtiara kaTa

#_ kadangkala Allah saja nak menguji hambanya dengan pelbagai ujian. Tidak kiralah sama ada baik atau sebaliknya. kita sebagai hambanya haruslah sentiasa bersyukur dengan setiap ujian yang datang. Kerana setiap ujian yang Allah beri kepada hambanya dapat mengurangkan dosa yang kita lakukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...