BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahlan wasahlan ya marhaban...

Blog Images

19 April 2012

~muhasabah diri ~

:: Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.Tetapi resahlah andai ALLAH membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.." ;) ♥ (Imam Al-Ghazali) :)

~ Sahaja Aku Mencintai-MU~



Ku cinta pada-Mu
Lebih dari segala-gala
Mampukah kupertahankan cinta ini
Dalam mengabdikan diri pada-Mu

Andai ada kata yang lebih baik
Dari ucapan terima kasih
Pastikan kuucap setulus hati
Tanda cintaku pada-Mu


Lailahaillallah, Allahu Rabbi
Lailahaillallah, Allahu Akbar!


Andai ada hadiah yang lebih baik
Dari melodi syukurku
Semestinya kupersembahkan pada-Mu
Tanda cintaku, tanda cintaku...
Pada-Mu!

Hasbi Rabbi jallallah
Mafi Qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah

Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap gerak kaki


Takkan pernah bermakna
Tanpa cinta-Mu..

Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a
Artis: Du'a feat Ustaz Amal
Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)
Third/ Backup voice: Ama

10 April 2012






Tidak perlu menunggu untuk ikhlas, tetapi burulah keikhlasan itu....
tidak perlu menanti untuk ikhlas, tetapi carilah keikhlasan itu....
Bukan mudah untuk memafkan...
tetapi lebih sukar membiarkan kemarahan itu di dalam hati....
Ikhlaslah dalam menerima sesuatu ujian...walaupun ianya pahit...

Ada tiga tahap golongan seseorang yang beriman..
1.muslim
2.mukmin
3.muqarabin..

Pilihlah ditahap manakah yang engkau mahu duduki....tetapi ingat setiapnya adalah berbeza...bahkan yang terbaik di antaranya adalah jika engkau mampu menjadi golongan yang muqarabin....ketika dirimu ada orang memusuhi dirimu...engkau masih mampu memberi kebaikaN kepadanya.....dengan membalas segala keburukan nya dengan kebaikan.... ♥

~ Luahan Dariku~

<


SAHABAT,
AKU DI SINI INGIN MELAFAZKAN KATA MAAF KEPADAMU
NAMUN AKU TIDAK MAMPU MENGATAKANNYA
HATIKU TERLALU SAKIT UNTUK MENERIMANYA
TAPI AKU BISA MELUPAKAN APA YANG TERJADI.

INGIN AKU HENTIKAN SEMUANYA
AKU LEBIH RELA MELEPASKAN PELUANG YANG ADA
SUDAH TERLAMBAT UNTUK AKU MELAKUKANNYA
AK TIDAK MENYESAL ATAS APA YANG BERLAKU.

MUNGKIN SEMUANYA ADA HIKMAH
AKU REDHA MENERIMA
AKU TAHU KAU AMBIL HATI DENGANKU
KERNA KU FAHAM DENGAN GERAK GERIMU.

SAHABAT,
KESILAPANKU AMAT BERAT PADAMU
KERNA KU TAHU BUKAN MUDAH UNTUK MEMAAFKANKU.
AKU INI BUKAN MANUSIA YANG SEMPURNA
NAMUN KU CUBA YANG TERBAIK UNTUKMU...












~Duhai hati~

Duhai HATI..

hidup ini bukanlah hanya sekadar ketawa.
juga bukanlah sekadar air mata..
saat ujian datang merapati.
tika itulah lah hati dan fikiranmu teruji..
siapakah yg amat gembira apabila ia diuji..
sudah fitrah ia akan merisaukan hati..
tetapi..
siapa yg masih mampu tersenyum..
juga masih terus melangkah..meski ia hampir rebah..
dialah setabah2 manusia..
dan dia lah hamba yg amat dicintai oleh-NYA..

aku faham akan perasaanmu..
... aku tahu susah payahmu,
aku mendengar segala sakit siksamu..
aku mengerti cerita pahitmu..

SABARlah diri..mungkin sekali ujian ini adalah cara..
untuk mendidikmu..
untuk mengajarmu..
supaya menyandarkan segala HARAPAN dlm hidup ini..
hanya kpd DIA..ALLAH Yang Maha Mengetahui segala2nya...
jgn lepaskan setiap urusanmu selain kpd DIA.

~Mengemis kasih ~




Tuhan,
Pernah dulu aku menagih simpati
kepada manusia yang alpa jua buta.
Lalu terheret aku dilorong gelisah
Luka di hati yang berdarah kini jadi parah.

Semalam,
Sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka.
Ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagiku ulangi kembali
Gerak dosa yang menguris hati.

Tuhan,
Dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatmu melangit luas.
Harga selautan amat ku syukuri
walaupun setitis nikmatmu di bumi.

Tuhan,
walau taubat seringku mungkiri
Namun,pengampunanmu tidak sekali bertepi.
Bila selangkahku rapat padaMu
Seribu langkah Engkau rapat padaku.

Tuhan,
Aku mengemis kasih-Mu
Hingga akhir nafasku....

07 March 2012

Putera Walid's Blog: TUDUNG LABUH ITU INDAH

Putera Walid's Blog: TUDUNG LABUH ITU INDAH: “Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang s...

05 March 2012

Musim Final examination..



Salam mahabbah buat insan2 yg saling berkasih sayang kerana Allah. Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepadamu. Alhamdulillah,sedar tak sedar dah nak last sem 2. Rasanya baru semalam ana masuk sem baru. Tup..rup...dah sampai final exam. Mmm...sebut pasal exam ne. Macam-macam ragam manusia . Lagi2 bila musim final examination.. Huh...boleh dikatakn hampir 50% mahasiswa/si bertungkus-lumus mengkatamkn buku masing2. Termasuklh ana, apa2 pn ana tabik pada sahabat2 yg tidak pernah mengenal erti putus asa dan jemu utk terus lakukn yg terbaik utk capai pointer masing2. Mabruk a'laihi...Akhir kalam, selamat menempuh final exam kepada sahabat2 yg sedang mnduduki peperiksaan akhir...'',

11 January 2012

" Memberi akan lebih gembira daripada menerima dengan syarat kita memberi dengan kasih sayang. Tanpa kasih sayang ,kita tidak akan gembira dengan memberi. Justeru,sekiranya kita memberi tetapi tidak gembira lagi bererti kasih sayang dalam diri telah terjejas.."


~~~Buku Di Mana Dia Di Hatiku? ~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...