BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahlan wasahlan ya marhaban...

Blog Images

20 March 2024

MATAPELAJARAN ADAB TAHUN 5 : ADAB BERSOSIAL

 


05 November 2013

MAWAR YANG BERDURI,

MAWAR BERDURI Indah sungguh kelopak bungamu, Secantik bahasa dan gerak gerimu, Sopan ditiup sang bayu, Batang dan dahanmu tetap tunduk malu. MAWAR BERDURI, Kelopakmu tetap dipelihara, Daripada Kumbang yang membinasa, Duri didahanmu tetap tersedia, Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa. MAWAR BERDURI, Kau tetap sentiasa berdiri, Menahan cabaran yang diberi, Tetap tidak pernah hilang harga diri, Dirimu indah sukar untuk didekati, Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri, Melainkan syariat memberi MAWAR, Si kumbang perkasa tidak akan tertawan, Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan, kerna dirimu telah rosak dibinasakan. MAWAR, Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan, Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan, Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan, Dirimu ditinggalkan patah kelayuan. MAWAR YANG BERDURI, Sukar disentuh oleh tangan yang tidak berhati-hati, Duri yang tumbuh memagari jiwa yang suci, Kecantikan yang dipandang mata dibenteng kuat oleh duri tumbuh sekitarnya… Dia memang menjadi gilaan sang kumbang, Tetapi bukan semua kumbang yang mampu memetik ia dari dahan hinggapannya, Hanya yang telah di tentukan Sang Pencipta sahaja yang akan berjaya memilikinya Bahagianya menjadi dia… Sekuntum mawar berduri… Kasih dan cintanya hanya kerana Rabb yang menciptakan dirinya….

ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒ Jadilah seperti kupu-kupu yg tak perlu berkempen mengatakan dirinya cantik, sekilas manusia memandang, Islam itu terselah pada peribadi kita seperti kupu-kupu dengan rupa yang cantik.. ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒ

kuatknlh ikatannya
tegakkanlh cintanya
tunjukkilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu yg tiada pnah padam

ya rabbi bimbinglah kami.

PANAHAN BERACUN

"Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat".

16 October 2013

Aku juga seorang wanita

Aku juga seorang wanita Tulisan ini saya temui khas buat akhawat, entum fil qalbi ~ Walaupun kita akhawat macam singa, Walaupun kita bekerja seolah-olah tiada siang dan malamnya, Dan seolah-olah dunia ini ibarat tiada apanya, Melainkan dakwah, dakwah, dan dakwah, Dan yang pasti dakwah kerana Allah.~ Namun, Kita tetap seorang manusia, Kita tetap seorang wanita. Wanita yang mahu dsayangi, Dibelai Dicintai dan dihargai selalu.. samada oleh rakan-rakannya apatah lagi seorang insan istimewa bergelar suami... Walaupun ramai melihat kita gagah Atau seolah-olah tidak punyai perasaan atau nampak seolah-olah tidak ambil kisah, Kita tetap seorang wanita, penuh dengan perasaan penuh dengan cinta penuh dengan sebuah harapan Dan tentunya saat kita mengenali yang bernama ikhwah, apatah lagi yang belum berpunya hebat pula di mata dunia dakwah Gah dalam berkata-kata mahupun hebat dalam amal serta penulisannya Kita pasti akan memasang harapan kita pasti akan memasang impian kita pasti akan bermimpi akannya dan berharap sangat-sangat agar kita dapat menjadi sayap kiri kepada perjuangannya kerana kita masih seorang wanita, sekuat mana pun kita fitrah kita pasti tetap bersuara dan kita tetap mahukan yang menjadi pendamping hidup kita adalah yang terbaik buat kita Lelaki yang soleh dan pastinya seorang Abnaul Harakah! Harganya seolah-olah mahal sekali! Kerana begitu kurangnya ikhwah di luar sana! Kerana itu, tidak hairan ada yang berkata, " Ana memang tak layak dengan muslimin kita, biarlah dengan orang luar je. " Title Abnaul Harakah itu terkadang amat mahal pula rasanya.. Sedangkan seorang ikhwah itu Hanyalah seorang manusia jua hanya seorang manusia Ramai yang berkata, ' Tak kisahlah, asalkan ikhwah kita, iAllah yakin akan istiqamah dalam dakwah ini ' SEDARLAH!!!!!! Kita takkan kenal betul-betul seseorang itu sehingga kita berkahwin dengannya. Walaupun sangat cair hati melihat kesegakan dia, mahupun kelajuan dalam dakwahnya, mahupun kepetahan dalam butir bicaranya, apatah lagi tulisannya yang gempak gempita, TETAPI yakinlah bahwa mereka itu tetap seorang manusia. Seperti kita juga, seorang manusia yang penuh dengan kelemahan Jangan letakkan harapan yang menggunung tinggi. Jangan harap kita akan kuat berkahwin dengan sesama Abnaul Harakah kerana berkahwin dengan ikhwah itu bukanlah tiket menguatkan diri! kerana masing-masing perlu super duper hebat kenal diri sendiri dalam arena dakwah mempunyai kemahuan dakwah yang serasi dan itulah yang mensinergikan dakwah Bagaimana mujtama' muslim bakal terbina jika baitud dakwah yang dibina goyah dan tidak kukuh Hebat itu bukan pada KEPETAHAN berkata atau KEMANTAPAN tulisannya Tetapi pada setiap juzuk kehidupannya, walau dia mungkin biasa di pandangan manusia Luar biasa di pandangan Allah. Seluruh kehidupan dia adalah cerminan Al-Quran. Lambang seorang muslim yang lengkap muwasafat tarbiyyahnya. Walaupun dia tak dikenali dan tak ada orang tahu tentangnya. Dan aku tahu perasaanmu kerana aku juga seorang perempuan Aku tahu perasaan kalian, Siapa tak nak suami seorang Abanul Harakah? Yang terjaga solat 5 waktunya Dakwah adalah kehidupannya Islam cara hidupnya Terbaik serba serbi Apatah lagi yang tahu tanggungjawab seorang suami.... Siapa yang tak nak?Tetapi, bersama kita benar-benar fahami hakikat ini. Jodoh itu rahsia Allah Ianya itu ketentuan Allah Ianya juga rezeki dari Allah Kita boleh jadi orang yang paling hebat dalam dakwah, tapi mungkin berkahwin dengan orang biasa/bukan Abnaul Harakah.. atau kita boleh jadi orang yang paling biasa sahaja dalam dakwah, tapi berkahwin dengan Abanul Harakah yang hebat... Kerana Jodoh ini benar-benar rahsia Allah.. Ianya juga adalah ujian dari Allah.. Kita tak tahu siapa yang terbaik buat kita. Dan kita tak tahu, Mungkin jodoh kita di dunia ataupun di akhirat nanti.. Tidak salah berharap apatah lagi berusaha untuk mendapatkannya. Cuma, jangan jadikan harapan kita untuk berkahwin dengan seorang Abanul Harakah itu, melarutkan diri kita pada sebuah mimpi-mimpi, yang melekakan kita.. Sedangkan, walaupun dia seorang Abnaul Harakah, mungkin dia bukanlah orang yang terbaik untuk kita Kerana, ALLAH, nak kita betul-betul menyediakan diri kita sebagai seorang isteri, walaupun dengan siapapun kita berkahwin.. Kerana di jalan dakwah kita bernikah, kerana Allah bukan sesiapa.. Kahwin dengan Abnaul harakah pun ada ujiannya. Banyak perkara yang kita nampak ideal sebelum kahwin. Rupanya selepas kahwin, amat sukar dilaksanakan... Begitu juga jika berkahwin dengan yang bukan ikhwah, ada juga ujian tetapi lain pula ujiannya. Rasa dah ready nak menjadi pendamping seorang lelaki? Betul dah ready? Betul ni? Ready dengan segala aspek, ready dengan kesabaran, ready dengan tawakkal, ready dengan niat yang benar, berkahwin sebab dakwah, ready dengan menerima segala kekurangannya.. Jodoh ini, benar-benar kerja Allah.. Kita harus berusaha, berdoa dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah. Dan saat kita telah berusaha, melebih kebiasaan seorang wanita biasa Namun tetap tidak berjaya Kita harus redha dan pasrah menerima Takdir Allah itu ada nilaiannya.. Janji Allah itu benar! Tak perlu kita bermimpi untuk memiliki dia, dan ramai tahu siapa dia yang kita sukai itu.. Kerana, jika benarlah jodohnya adalah kita, semua manusia cuba menghalang pun, tetap akan menjadi jodoh kita.. Tetapi, jika dia bukan jodoh kita, kita berusaha bagaimana pun, melalui cara apa pun, kita tetap takkan menjadi milik dia.. Lihat sahaja bagaimana Asiah boleh mnjadi isteri Firaun? Begitu juga Zulaika ketika mendapatkan Yusuf? Juga kisah Saidina Ali dan Fatimah yang saling memendam? Bukankah jodoh itu di tangan Allah? Tidak perlu terlalu sibuk mencari.. Sibukkanlah diri dengan berusaha.. Usahakan apa yang telah Allah wajibkan pda kita.. Dakwah dan menjadi hambaNya.. Dan bilamana kita all out sebegitu, adakah Allah akan tinggalkan kita? Ini janji Allah! “Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku. (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)” Memang seronok dan semua ingin mendampingi bidadara dunia Namun sedarlah hidup ini terlalu unik aturannya.. Yakinlah, Allah takkan abaikan kita.. Asalkan kita benar-benar menjaga dan memperjuangkan agamaNya.. kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.. Moga selepas ini, kita akan lebih fokus dalam dakwah, lebih banyak menangis, lebih banyak berdoa, lebih banyak bergantung, jodohmu, sepenuhnya kepada Allah. Jika sudah tersuka pada seseorang, kurangkanlah sedikit-sedikit membaca, melihat fb atau membuat benda-benda yang akan membuakkan lagi perasaan cinta kepada dia. Memang susah, sangat susah. Namun inilah jalan MUJAHADAH! Sebab itu, Allah ajarkan kita cintakan Dia, cintakan dakwahNya, dan akhirnya masa itu akan tiba. Bila masa itu hadir, kita boleh mencintai pasangan hidup kita itu, hanya kerana Allah ... Dari seorang hamba yang lemah, Saya memetik kebanyakan susunan ayat ini daripada blog.. Muharrikah Demi manfaat bersama, dariku untuk semua.. ~ MUJAHADAHLAH, KELAK KAU TEMUI KEMANISAN DARINYA ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...