BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahlan wasahlan ya marhaban...

Blog Images

25 April 2011

-PEPATAH CINTA--

Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye.....

p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana agamanya...dan cintailah dia namun jangan membatasi cintamu kepada Allah swt.

PESONA CINTA...


Kau siramkan wangian mawar putih,Kepada sebuah kenangan yang layu,Bisakah merubah detik-detik yang berlalu,Dari sekadar impian yang kaku .Jiwa terpaut menyaksi,Seribu pengorbanan dihulur,Cinta kasihan bersemi,Mengagung tak disedari,Diimpi tak pasti,Mengharap tak mendakap,Kesetiaan dijunjung,Rupanya tak ke hujung . Lilin yang menyala membakari dirinya,Buat menerangi insan yang memerlukan,Tanpa disedari diri sendiri sirna,Duka nestapa di biarkan saja .Begini jadinya bila di hamba pesona cinta,Yang buta tidak mengenal sifatnya .Cinta suci bukan untuk di nodai,Kasih jangan dikhianati,Lamarlah bebas simpati .Kesucian cinta,Ikhlas tak diundang, Periharalah ...

(Hijjaz).

22 April 2011

Jom Ke Pesta Buku !!!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan berlansung di bangunan PWTC, Kuala Lumpur. Bermula pada 22/4/2011 sehingga 1/5/2011 . Jom meriahkan lagi pesta buku kali ini.

p/s :Tambah ilmu tambah amal...'',

16 April 2011

Jenis2 Umpatan Yang Dibolehkan.

Bismillahirrahmanirrahim.


Bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.Di kesempatan ini juga ana mohon seribu kemaafan kerana dah terlalu lama tidak mengedit blog. Alhamdulillah,hari ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana perolehi hasil daripada pembacaan sebuah majalah Ilmiah. Seringkali kita dengar bahawa mengumpat itu hukumnya berdosa besar.Bahkan bukan hanya segelintir perempuan sahaja yang suka mengumpat .Tidak di nafikan ada segelintir kaum adam yang suka mengumpat. Namun dalam islam terdapat beberapa garis panduan yang dibenarkan untuk mengumpat.
Antaranya:

1. ORANG YANG TERANIAYA.
~ Orang yang teraniaya boleh mengadu kepada pemerintah perihal individu yang menganiaya dirinya.

2. MEMOHON BANTUAN.
~ Dibolehkan mendedahkan keburukan keburukan seseorang kepada pihak berkuasa dengan tujuan mencegah pelakunya daripada melakukan kemungkaran.

3. MEMINTA FATWA.
~ Seseorang individu boleh mendedahkan aib orang yang menzaliminya bagi mendapatkan pandangan dan hukum daripada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa.

4. MENGAMBIL PENGAJARAN DAN UNTUK MENCEGAH PEMALSUAN.
~ Umpatan sebegini dibolehkan sebagaimana ulama' hadis mencela dan menyebut keburukan dengan keras golongan pemalsuan hadis untuk menjaga kesucian tinggalan Nabi SAW.

5. MELAKUKAN MAKSIAT SECARA TERANG-TERANGAN.
~ Dibenarkan menceritakan keburukan orang yang melakuakn maksiat bagi mengelakkan orang lain terpengaruh dengannya.

Dan yang terakhir:
6. SEBAGAI TANDA PENGENALAN.
~ Dibenarkan jika nama sebenarnya tidak diketahui orang lain.

kata2 semangat



kekecewaan dan kegagalan hari ini tidak bermakna kita akan tersungkur. Namun tebarkanlah pandangan kita kehadapan dan bangkitlah daripada kejatuhan untuk mengecapai nikmat kejayaan...'',

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...