Bismillahirrahmanirrahim.
Bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.Di kesempatan ini juga ana mohon seribu kemaafan kerana dah terlalu lama tidak mengedit blog. Alhamdulillah,hari ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana perolehi hasil daripada pembacaan sebuah majalah Ilmiah. Seringkali kita dengar bahawa mengumpat itu hukumnya berdosa besar.Bahkan bukan hanya segelintir perempuan sahaja yang suka mengumpat .Tidak di nafikan ada segelintir kaum adam yang suka mengumpat. Namun dalam islam terdapat beberapa garis panduan yang dibenarkan untuk mengumpat.
Antaranya:
1. ORANG YANG TERANIAYA.
~ Orang yang teraniaya boleh mengadu kepada pemerintah perihal individu yang menganiaya dirinya.
2. MEMOHON BANTUAN.
~ Dibolehkan mendedahkan keburukan keburukan seseorang kepada pihak berkuasa dengan tujuan mencegah pelakunya daripada melakukan kemungkaran.
3. MEMINTA FATWA.
~ Seseorang individu boleh mendedahkan aib orang yang menzaliminya bagi mendapatkan pandangan dan hukum daripada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa.
4. MENGAMBIL PENGAJARAN DAN UNTUK MENCEGAH PEMALSUAN.
~ Umpatan sebegini dibolehkan sebagaimana ulama' hadis mencela dan menyebut keburukan dengan keras golongan pemalsuan hadis untuk menjaga kesucian tinggalan Nabi SAW.
5. MELAKUKAN MAKSIAT SECARA TERANG-TERANGAN.
~ Dibenarkan menceritakan keburukan orang yang melakuakn maksiat bagi mengelakkan orang lain terpengaruh dengannya.
Dan yang terakhir:
6. SEBAGAI TANDA PENGENALAN.
~ Dibenarkan jika nama sebenarnya tidak diketahui orang lain.
16 April 2011
Jenis2 Umpatan Yang Dibolehkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment